Ada haiwan yang memilih untuk hidup secara bersendirian. Labah-labah, tenggiling, burung belatuk, panda gergasi, harimau, tenggliling gergasi, landak, musang dan lebah tukang hidup bersendirian. Mereka tinggal sendirian kebanyakan masa mereka kecuali pada musim mengawan.
Burung belatuk betina hidup seorang diri di dalam lubang pada batang pokok. |
Helang sedang memerhatikan mangsanya. |
Lebah kayu sedang mengorek lubang melalui kayu.
Video lebah kayu mengorek lubang pada batang pokok.
|
Labah-labah membina sarangnya dan hidup dalam bersendirian. |
Apabila diserang, tenggiling menggulungkan badannya dan menggunakan sisik kerasnya untuk melindungi dirinya. |
Tenggiling gergasi menangkap anai-anai dengan lidah melekit.
|
Harimau sedang bersedia untuk menerkam mangsanya. |
Di tempat-tempat di mana sumber makanan adalah terhad, sesetengah haiwan hidup bersendirian. Ini adalah untuk mengelakkan persaingan untuk mendapatkan makanan.
Panda gergasi makan kira-kira 300 kg buluh sehari. Bagi mengelakkan persaingan untuk makanan yang terhad, ini haiwan hidup secara bersendirian. |
Harimau kumbang dan badak air memerlukan kawasan yang lebih luas untuk mencari makanan atau mencari pasangan. Binatang-binatang ini secara bersendirian akan mengawal wilayah mereka daripada penceroboh. Mereka hidup menyendiri kecuali semasa musim mengawan untuk mengelakkan persaingan untuk ruang dan pasangan.
Harimau kumbang sedang menunggu untuk mendapatkan mangsanya. |
Badak air jantan ini sedang bertempur mempertahankan wilayahnya daripada badak air jantan lain yang cuba menguasai kawasannya dan memikat pasangan yang sama. |