Khamis, 6 Oktober 2011

Interaksi Antara Benda-benda Hidup

Persekitaran kita menyediakan habitat bagi benda hidup. Benda hidup berinteraksi antara satu sama lain dalam bentuk kerjasama atau persaingan. Bagaimanakah semut-semut ini membantu antara satu sama lain? Singa bersaing dengan dubuk. Apakah yang mereka persaingkan? Aktiviti manusia seperti seperti pembalakan menukar persekitaran kita. Perubahan persekitaran boleh menyebabkan kemusnahan alam sekitar dan menjejaskan kelangsungan spesies. Beberapa spesies boleh terancam ataupun pupus. Apa yang kita boleh lakukan untuk melindungi spesies terancam ini? Bagaimanakah kita boleh mengurangkan kemusnahan alam sekitar kita?