Ada haiwan yang memilih untuk hidup secara bersendirian. Labah-labah, tenggiling, burung belatuk, panda gergasi, harimau, tenggliling gergasi, landak, musang dan lebah tukang hidup bersendirian. Mereka tinggal sendirian kebanyakan masa mereka kecuali pada musim mengawan.
| Burung belatuk betina hidup seorang diri di dalam lubang pada batang pokok. |
| Helang sedang memerhatikan mangsanya. |
| Lebah kayu sedang mengorek lubang melalui kayu.
Video lebah kayu mengorek lubang pada batang pokok.
|
| Labah-labah membina sarangnya dan hidup dalam bersendirian. |
![]() |
| Apabila diserang, tenggiling menggulungkan badannya dan menggunakan sisik kerasnya untuk melindungi dirinya. |
![]() |
Tenggiling gergasi menangkap anai-anai dengan lidah melekit.
|
![]() |
| Harimau sedang bersedia untuk menerkam mangsanya. |
Di tempat-tempat di mana sumber makanan adalah terhad, sesetengah haiwan hidup bersendirian. Ini adalah untuk mengelakkan persaingan untuk mendapatkan makanan.
![]() |
| Panda gergasi makan kira-kira 300 kg buluh sehari. Bagi mengelakkan persaingan untuk makanan yang terhad, ini haiwan hidup secara bersendirian. |
Harimau kumbang dan badak air memerlukan kawasan yang lebih luas untuk mencari makanan atau mencari pasangan. Binatang-binatang ini secara bersendirian akan mengawal wilayah mereka daripada penceroboh. Mereka hidup menyendiri kecuali semasa musim mengawan untuk mengelakkan persaingan untuk ruang dan pasangan.
![]() |
| Harimau kumbang sedang menunggu untuk mendapatkan mangsanya. |
![]() |
| Badak air jantan ini sedang bertempur mempertahankan wilayahnya daripada badak air jantan lain yang cuba menguasai kawasannya dan memikat pasangan yang sama. |






