Rabu, 16 November 2011

Mengapakah Haiwan-haiwan Hidup Bersendirian?

Ada haiwan yang memilih untuk hidup secara bersendirian. Labah-labah, tenggiling, burung belatuk, panda gergasi, harimau, tenggliling gergasi, landak, musang dan lebah tukang hidup bersendirian. Mereka tinggal sendirian kebanyakan masa mereka kecuali pada musim mengawan.
Burung belatuk betina hidup seorang diri di dalam lubang pada batang pokok.

 Video seekor burung belatuk tinggal di dalam lubang.
Helang sedang memerhatikan mangsanya.
Lebah kayu sedang mengorek lubang melalui kayu.

Video lebah kayu mengorek lubang pada batang pokok.
Labah-labah membina sarangnya dan hidup dalam bersendirian.
Musang merayap perlahan supaya tidak dapat dikesan oleh mangsanya.
Apabila diserang, tenggiling menggulungkan badannya 
dan menggunakan sisik kerasnya untuk melindungi dirinya.
Tenggiling gergasi menangkap anai-anai dengan lidah melekit.
Harimau sedang bersedia untuk menerkam mangsanya.

Di tempat-tempat di mana sumber makanan adalah terhad, sesetengah haiwan hidup bersendirian. Ini adalah untuk mengelakkan persaingan untuk mendapatkan makanan.
Panda gergasi makan kira-kira 300 kg buluh sehari. Bagi mengelakkan persaingan untuk makanan yang terhad, ini haiwan hidup secara bersendirian.

 Video panda gergasi di habitat semua jadi.

Harimau kumbang dan badak air memerlukan kawasan yang lebih luas untuk mencari makanan atau mencari pasangan. Binatang-binatang ini secara bersendirian akan mengawal wilayah mereka daripada penceroboh. Mereka hidup menyendiri kecuali semasa musim mengawan untuk mengelakkan persaingan untuk ruang dan pasangan.
Harimau kumbang sedang menunggu untuk mendapatkan mangsanya.
Badak air jantan ini sedang bertempur mempertahankan wilayahnya daripada badak air jantan lain yang cuba menguasai kawasannya dan memikat pasangan yang sama.

29 ulasan:

  1. asslamualaikum lebah buknnye berkumpulan ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. lebah biasa je yang berkumpulan

      Padam
    2. Wassalam... lebah memang hidup berkumpulan. Tapi, lebah ada banyak jenis dan gambar yg ditunjukkan itu, lebah kayu. Lebah kayu hidup bersendirian.

      Padam
    3. Ye
      Lebah hidup berkumpulan untuk mendapatkan makanan yang banyak

      Padam
  2. Thanks! Saya dh dapat siapkan Buku Skrap Sy.. :D
    Tq,again! :]

    BalasPadam
  3. Balqisyah, tengok betul2. Itu bukan lebah madu. Ok, tq.

    BalasPadam
  4. umm apa kesimpulan yang boleh saya buat?

    BalasPadam
  5. Assalam... nk tanya blh?

    Mengapakah sesetengah haiwan hidup menyendiri?
    Saya nk 3 jawapan...
    Saya nk secepat mungkin ye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1 makanan 2 teMpat tinggal 3 ruang dan wilayah

      Padam
    2. mengelakkan persaingan makanan,pasangan,ruang

      Padam
    3. Tq...🤗🤗

      Padam
  6. Mengapa haiwan yg hidup bersendirian sumber makanannya terhad?

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum cikgu saye nak tanye kenapa haiwan hidup besendirian. Boleh bagi jawapan cepat. Sebab saye nak siapkan keje sekolah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kerana untuk mengelakkan persaingan untuk mendapatkan ruang

      Padam
  8. as-salam..haiwan hidup berkumpulan ada x? (faktor)

    BalasPadam
    Balasan
    1. adakerbau,gajah,kuda,chipanzi,ikan bilis,lebah madu,kuda belang,babon,kijang

      Padam
  9. Hi..nak Tanya nie...kuda laut tingggal bersendirian atau berkumpulan?

    BalasPadam
  10. Terima kasih cikgu. Dapat bantu anak saya cari bahan. Semoga Allah kurniakan rezeki yang berkat kepada cikgu. Aaminnn

    BalasPadam
  11. terima kasih cikgu. saya dapat siapkan kerja sekolah saya

    BalasPadam
  12. Haiwan ape yang tinggal bersendirian dalam ni. (Tikus burung nuri kura kura ular tapir)

    BalasPadam
  13. Haiwan ape yang tinggal bersendirian dalam ni. (Tikus burung nuri kura kura ular tapir)

    BalasPadam
  14. macamana burung hantu hidup?

    BalasPadam
  15. Macam adakah kucing hidup bersendirian

    BalasPadam
  16. Rubah hidup berkumpulan ke bersendirian?

    BalasPadam
  17. terimakasih nota ini sangat membantu

    BalasPadam
  18. terima kasih,untuk nota terbaik ini

    BalasPadam