Selasa, 1 November 2011

Mengapakah Haiwan-haiwan Hidup Berkumpulan?

Hidup bersama-sama dalam kumpulan membantu spesies untuk terus hidup atau melarikan diri dari musuh, pemangsa dan pesaing. Ini memudahkan mereka mendapatkan makanan dan mencari atau membina tempat perlindungan.
Kerbau-kerbau bekerjasama mempertahankan diri mereka daripada serangan singa.
Singa-singa bekerjasama memburu kerbau untuk makanan mereka.

Video kerbau-kerbau dan singa-singa yang masing-masing bekerjasama untuk mempertahankan diri dan memburu.

Memerang membina sarang mereka bersama-sama.

Video memerang membina sarang (empangan) mereka.

Haiwan yang lemah yang menjadi mangsa kepada haiwan lain biasanya bergerak dalam kumpulan. Untuk memastikan diri mereka selamat, mereka bersama-sama membentuk corak untuk mengelirukan pemangsa.

Kawanan burung membentuk corak berbentuk 'V' (seolah-olah seekor burung yang besar) semasa mereka berhijrah.

 Video sekawan burung terbang dalam bentuk 'V' untuk mengelirukan musuh.

Sesetengah haiwan daripada spesies yang berlainan bekerjasama antara satu sama lain atas sebab-sebab keselamatan.
Impala dan babun membantu antara satu sama lain dalam menghadapi musuh-musuh atau pemangsa. Impala mempunyai deria rasa dan bau yang tajam untuk membantu mengesan kehadiran musuh. Manakala babun memiliki penglihatan yang tajam serta kekuatan fizikal untuk mempertahankan diri mereka. Dengan gabungan deria pendengaran, bau dan penglihatan, mereka membantu antara satu sama lain untuk mengesan kehadiran pemangsa.







21 ulasan:

  1. kenapa singa, hidup berkumpulan sedangkan ia haiwan pemangsa

    BalasPadam
  2. Maaf, lambat jawab. Singa memang pemangsa. Pemangsa juga perlu bekerjasama untuk menumbangkan seekor mangsa yang besar - kerbau misalnya. Singa akan kalah jika berhadapan seekor sama seekor dengan kerbau dewasa.

    BalasPadam
  3. Assalam cikgu . mcm mana antelop & babun boleh bekerja sama . mohon jelaskan ye cikgu . tQ . xx

    BalasPadam
  4. assalam cikgu haiwan ENTELOP tu macam mana ya?

    BalasPadam
  5. yahhahaha entelop pon tak tahu

    BalasPadam
    Balasan
    1. biar lh dia tl tahu...benda boleh belajar

      Padam
  6. assalamualaikum cikgu, mengapakah harimau hidup berkumpulan manakala singa tidak

    BalasPadam
  7. Singa hidup berkumpulan manakala harimau tidak...Kan Cikgu\

    BalasPadam
  8. Apakah yang dimaksudkan dengan haiwan yang hidup bersendirian

    BalasPadam
    Balasan
    1. ia hidup berseorangan sepanjang hayatnya

      Padam
    2. mengapa ikan bilis hidup berkumpulan

      Padam
  9. cikgu kenapakah haiwan haiwan mempertahankan diri.pls jawab cikgu

    BalasPadam
  10. is antelope extincted or it is a endangered species?

    BalasPadam
  11. terima kasih cikgu rizlan diatas nota nota yg diberi

    BalasPadam
  12. terima kasih cikgu rizlan kerana berkongsi ilmu yg ada

    BalasPadam
  13. Kenapa ular sawa hidup bersendirian

    BalasPadam
  14. cikgu kenapa gajah bergerak dalam berkumpulan walaupun ia
    mempunyai badan besar.

    BalasPadam
  15. Cikgu apakah tingkahlaku khas zebra?

    BalasPadam
  16. Kenapa ikan hidup berkumpulan

    BalasPadam